TERKINI : KASTAM Berjaya Tumpas Sindikit Kayu Merah – Johari Alifiah

Cubaan satu sindiket menyeludup kayu merah atau Red Sandalwood merentasi sempadan anggaran bernilai RM4.3 juta berjaya dipatahkan penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Johari Alifiah berkata, Unit Siasatan Frod Perdagangan (USFP) Kastam dengan kerjasama Cawangan Narkotik Kastam berjaya mematahkan cubaan penyeludupan kayu merah itu pada 17 Julai lalu.

“Sebuah kontena sepanjang 20 kaki yang mengandungi kayu merah yang terancam itu tiba di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada 8 Julai lalu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada pengiktirafan borang import dibuat oleh pengimport ke atas dagangan tersebut.