Zakaria
Zakaria Arshad

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif FGV Holdings Bhd, Datuk Zakaria Arshad mengambil tindakan keluar daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dan menyertai UMNO.

Zakaria berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati visi dan objektif Amanah semakin tersasar dan tidak selari dengan pendiriannya selain masalah dalaman yang turut menyukarkannya melaksanakan apa yang telah dirancang.

“Maka dengan ini saya mengumumkan untuk keluar dari Amanah dan seterusnya menyertai UMNO sebagai ahli,” katanya seperti dilapor Sinar Harian selepas menyerahkan borang keahlian UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Borang keahlian itu diserahkan kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Menurut Zakaria, beliau percaya UMNO yang merupakan komponen kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah platform terbaik untuknya memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Sementara itu, Ahmad Jazlan berkata, penyertaan Zakaria akan memperkukuhkan lagi parti berdasarkan pengalaman beliau dalam pelbagai bidang sebelum ini.

Menurutnya, UMNO sememangnya terbuka dan mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai parti berkenaan. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Ph parti yang ditolak mentah2 oleh rakyat.. Yang kembali cerdik srnua dah keluar.. Yg otak melekap kat jubo je masih duk dalam tu hahahaha

Comments are closed.