KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 turun sebanyak 4 sen seliter, masing-masing kepada RM1.98 dan RM1.68 seliter.

Manakala harga runcit diesel turun sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.87 seliter kepada RM1.82 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, perubahan harga itu untuk tempoh 25 Julai hingga 31 Julai.

Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses , selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast