WASHINGTON – Ejen persekutuan dan pihak berkuasa undang-undang tempatan memasuki kawasan konsulat China di Houston petang Jumaat berikutan arahan penutupan kemudahan diplomatik itu selepas para pegawai Amerika Syarikat (AS) mendakwa ia merupakan sebahagian besar usaha pengintipan menggunakan kemudahan diplomatik di seluruh AS.

Beberapa kenderaan utiliti sukan (SUV), dua buah van dan sebuah van tukang kunci memasuki premis itu ketika sekumpulan pemerhati dan kamera media melakukan pemerhatian dari satu sudut kawasan diplomatik itu, lapor CNN.
Para pegawai AS yang bercakap kepada media berkata, konsulat tersebut terlibat dalam siasatan penipuan di institut penyelidikan Texas dan para pegawai konsulat China ‘terlibat secara langsung dalam komunikasi dengan para penyelidik dan membimbing mereka mengumpul maklumat’.
Aktiviti para pegawai konsulat di Houston ‘adalah kecil, kami percaya terdapat rangkaian individu yang lebih besar di lebih daripada 25 buah bandar raya bahawa rangkaian ini disokong  menerusi konsulat di sini’, kata seorang pegawai Jabatan Kehakiman.
“Konsulat telah memberi individu dalam rangkaian bimbingan terhadap bagaimana untuk mengelak (dan) menghalang siasatan kami. Anda boleh menyimpulkan daripada keupayaan tugasan bahawa (satu) rangkaian yang mempunyai hubungan di seluruh negara,”
Pada Selasa lalu, AS memberi tempoh selama 72 jam kepada China untuk ‘menamatkan semua operasi dan acara’ di kemudahan Houston, menurut Menteri Luar China yang menyifatkan tindakan itu sebagai ‘tidak pernah berlaku sebelumnya’ ketika ketegangan antara kedua dua negara meningkat.
Hubungan antara China dan AS merudum sejak beberapa tahun lalu berikutan peperangan perdagangan, pandemik koronavirus dan kritikan AS terhadap hak asasi manusia di Hong Kong dan Xinjiang.
Washington yang meminta konsulat China di Houston ditutup membolehkan ejen persekutuan memasuki halaman kemudahan  diplomatik itu pada petang semalam.
Ia juga menyebabkan China meminta AS menuutp konsulatnya di Chengdu semalam.
Pada lewat petang Khamis, polis di Houston berkata, mereka bertindak terhadap satu laporan bahawa terdapat asap di halaman konsulat.
Media tempatan berkongsi video apa yang kelihatan para pegawai yang berada di halaman sedang membakar dokumen. – Agensi

1 Komen

Comments are closed.