Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akur sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk tidak meluluskan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, bagaimanapun KPKT berpandangan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah penting bagi rakyat dan sebarang cadangan daripada mana-mana pihak, khususnya ahli parlimen PN yang lantang mengkritik sebelum ini, amat dialu-alukan.

“Saya tidak boleh menyekat mereka daripada berkata apa-apa, bagaimanapun ada tanggungjawab untuk kita pastikan mereka (tahu) apa (yang ada) di sebalik harapan untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan,” katanya kepada pemberita selepas hadir di Program Jelajah Merdeka@Komuniti daerah Hulu Langat, hari ini.

Zuraida sebelum ini berkata, kementeriannya menyasarkan untuk membentangkan usul pilihan raya PBT di Dewan Rakyat pada pertengahan 2021.

Menurutnya, kementerian masih dalam penyediaan kertas kabinet dan membentuk dua jawatankuasa berkaitan pilihan raya yang dijangka menelan kos RM2 juta bagi setiap PBT dan RM308 juta secara keseluruhan yang merangkumi 154 PBT.

Mengenai Program Jelajah Merdeka@Komuniti, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata selain Hulu Langat, tujuh lokasi lain dipilih untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat setempat bersempena bulan Kemerdekaan, antaranya Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Kampung Melayu Ampang dan Taman Rasmi Jaya.

Program  di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) itu juga merupakan program turun padang dan sesi libat urus JaPen bersama rakyat dalam memasarkan maklumat mengenai dasar, inisiatif dan pencapaian kerajaan. – Bernama

4 Komen

  1. Pilihanraya PBT akan membolehkan DAP berkuasa semula secara tak langsung ini kerana
    1. Org cina penghuni teramai di kawasan PBT
    2. Org melayu tak gemar keluar mengundi
    3. Org melayu akan dipinggirkan dlm kawasan PBT

    Hanya my one cent opinion ok…

  2. Terbaik !! Jangan lupa bossmu ialah umno. Ko diam diamj e lah ikut perintah mereka. Macam zaman BN dulu le, ko diam diam buat apa mereka cakap. Jangan sekali bersuara yah sebab anda tidak ada hak :)… ..

  3. Why…what happen mokcik Zuraidah ni..? Sama pendapat dgn resolusi DAP Wilayah tuntut Pilihanraya PBT!!!…Ada apa2 kerr

  4. Tlg jgn bawa agenda DAP dlm kerajaan PN.
    PAS dan Umno-BN tetap akan menentangnya..

Comments are closed.