Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akhirnya keluar meninggalkan ibu pejabat Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai beri keterangan selama hampir 8 jam.

Beliau dipercayai mula beri keterangan sekitar 1 tengah hari tadi dan akan menyambung keterangannya esok sekitar 11 pagi.

Guan Eng yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan itu kelihatan keletihan dan enggan bercakap dengan pengamal media yang sudah menanti sejak 8 pagi di sini.

1 Komen

Comments are closed.