LONDON – Crystal Palace secara serius terlibat dalam pencarian pengurus baharu pasukan menggantikan bos sedia ada iaitu Roy Hodgson.

Kelab itu dikatakan mengintai rapat dan menyenaraipendek Ketua Jurulatih Burnley, Sean Dyche mengambil alih tugas Hodgson.

Pengerusi kelab Steve Parish dilaporkan bahawa sedang mempertimbangkan pilihan Dyche selepas aksi hambar pasukannya yang kalah lapan perlawanan berturut-turut di bawah kendalian Hodgson.

Khabar angin mengaitkan Dyche berkemungkinan meninggalkan Burnley sebelum kontraknya tamat pada 2022.

Laporan terbaharu di London memberitahu Parish menyediakan pelan baharu ekoran aksi buruk pasukan di bawah kendalian Roy Hodgson yang pernah menguruskan pasukan England.

 

Crystal Palace are in poor form having lost their last seven consecutive Premier League games
Roy Hodgson bakal ditunjuk jalan keluar oleh Crystal Palace setelah kalah tujuh perlawanan terakhir berturut-turut dalam EPL musim ini.

Untuk menyelamatkan legasi kelab dan juga imej dalam Liga Perdana Inggeris, lembaga pengarah the Eagles percaya sudah tiba masanya menggantikan Hodgson yang sudah berusia 72 tahun.

Dyche dianggap sebagai calon paling sesuai dan diyakini mampu melonjakkan kembali kekuatan pasukan seperti beberapa musim sebelum ini.

Kontrak Hodgson dilanjutkan setahun lagi selepas segala aksi liga digantung sementara akibat Covid-19 pada 16 Mac lalu.

Kini pendirian kelab pula menyaksikan pengganti Hodgson bakal dimuktamadkan dalam masa terdekat lagi dengan calon yang sudahpun disenaraipendek.-MalaysiaGazette