Anggota polis berbaris di hadapan pejabat konsulat Amerika Syarikat di Chengdu. foto Agensi

CHENGDU – Kawalan keselamatan ketat di luar konsulat Amerika Syarikat (AS) di Chengdu selepas kakitangannya bersiap sedia untuk meninggalkan negara itu.

China telah mengarahkan pejabat konsulat AS itu ditutup selepas AS mengenakan langkah sama di konsulat Beijing di Houston.

Penutupan konsulat penting telah meningkatkan ketegangan hubungan antara dua kuasa ekonomi terbesar di dunia.

Tidak lama selepas perintah penutupan konsulat Houston berkuat kuasa pada hari Jumaat, sekumpulan lelaki yang dipercayai pegawai-pegawai AS telah membuka pintu belakang kemudahan tersebut secara paksa.

Kementerian Luar Negeri China berkata, tindakan itu ternya melanggar perjanjian antarabangsa dan dua hala, maka China akan melakukan tindak balas namun tidak menjelaskannya.

Di Chengdu, lambang konsulat AS di dalam perkarangan bangunan sudah diturunkan.

Tiga van yang dipercayai digunakan untuk mengangkut barangan perkarangan pejabat tersebut.

Polis berkumpul di luar dan menutup jalan untuk lalu lintas di kawasan berkenaan.

Perintah penutupan konsulat Houtson dibuat setelah pentadbiran Presiden Donald Trump memberi China hingga jam 4 petang pada hari Jumaat untuk mengosongkan konsulat tersebut.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo mendakwa konsulat itu telah menjadi “pusat pengintipan dan pencurian harta intelek”.

Susulan tindakan itu, konsulat AS di Chengdu juga diberi waktu 72 jam untuk ditutup, atau hingga pukul 10 pagi pada hari Isnin, kata editor tabloid Global Times China di Twitter.

Konsulat tersebut dibuka pada tahun 1985 dan mempunyai hampir 200 pekerja, termasuk kira-kira 150 kakitangan tempatan, menurut laman webnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast