TERKINI : Bomba Akan Buat Program Sanitasi Untuk Mencegah Penularan Wabak – Zuraida Kamaruddin

Semua bangunan yang dikunjungi orang awam akan disanitasi semula sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan ataupun setahun dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, bagi tujuan itu beliau telah mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk ‘mengunjungi’ semula bangunan walaupun telah disanitasi sebelum ini.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan tempat-tempat awam sentiasa bersih daripada wabak berkenaan.

“Diperingkat PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) juga kita minta mereka mengawal SOP (Prosedur Operasi Standard). PBT juga memainkan peranan yang penting,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Perpustakaan Pei You dan Kesedaran Cegah Kebakaran di sini hari ini.