TERKINI : CUEPACS Gesa Kerajaan Laksana 5 Janji Kepada Penjawat Awam

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan melihat semula lima perkara yang pernah diumumkan kepada penjawat awam tetapi masih belum dilaksanakan hingga sekarang.

Presidennya, Adnan Mat berkata, perkara berkenaan termasuk kenaikan gaji bersamaan satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) secara khas kepada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai 2018, yang diumumkan kerajaan pada 4 April 2018.