Asap hitam berkepul-kepul dari kawasan simpanan senjata polis di pinggir bandar Iraq. foto Agensi

BAGHDAD – Sebuah depoh senjata milik pasukan polis Iraq yang terletak di pinggir selatan Baghdad meletup kerana suhu musim panas yang tinggi dan tempat simpanan yang lama.

Pelbagai letupan dapat didengar di Baghdad pada petang Ahad.

Sumber keselamatan mengatakan, depot itu, yang merupakan sebahagian daripada pangkalan tentera yang digunakan oleh pasukan polis dan separa tentera, pernah terbakar pada bulan Ogos tahun lalu.

Kebakaran yang menyebabkan letupan tersebut kedengaran di Baghdad, mengorbankan seorang mangsa dan mencedera 29 individu lain.

Kumpulan separa tentera Iraq yang mempunyai kaitan dengan Iran pada tahun lalu menyalahkan beberapa siri letupan di depoh dan pangkalan senjata ekoran ketegangan hubungan antara Washington dan Tehran yang semakin meningkat.

Amerika Syarikat membunuh perancang utama tentera Iran, Qassem Soleimani dan Ketua Separa tentera Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis dalam serangan peluru berpandu di Baghdad pada Januari lalu, menimbulkan ancaman kepada Iraq.

Ia boleh bertukar menjadi medan perang dalam konflik antara Washington dan Tehran. – MalaysiaGazette