Datuk Alexander Nanta Linggi. foto SYAFIQ AMBAK, 12 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau secara konsisten bekalan pelitup muka bagi memastikan ia mencukupi menjelang pelaksanaan pemakaiannya secara wajib di tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos ini.

Menterinya, Datuk Alaxender Nanta Linggi mahu mengelak kejadian bekalan pelitup muka tidak mencukupi yang berlaku pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita tidak mahu sampai situasi nanti permintaannya banyak, tapi kurang bekalan, kami memang kita pantau dan kaji dengan teliti supaya tidak ada masalah dari segi bekalan,” katanya pada sidang media hari ini.

Terdahulu Alaxender melancarkan promosi Kempen Jualan Malaysia (KJM) 2020 Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini.

Mulai 15 Ogos, kerajaan mengumumkan harga siling jualan runcit dan borong pelitup adalah RM1.20 seunit, turun 30 sen seunit.

Alaxender turut memberi mengingatkan agar peniaga mematuhi harga siling yang ditetapkan dan tidak mengambil kesempatan atas pengumuman kerajaan dengan menaikkan harga sewenangnya.

Itu harga siling kalau nak letak lagi murah lagi bagus tapi tidak boleh jual lebih RM1.20,” kata beliau lagi. 

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan pemakaian pelitup muka di tempat awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast