Kanak-kanak bermain belon buih ketika beriadah bersama keluarga pada cuti hujung minggu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 21 JUN 2020.

KUALA LUMPUR – Padang di Dataran Merdeka akan ditutup sepenuhnya selama lima bulan mulai 1 Ogos hingga 31 Disember bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

Penutupan tersebut bagi membolehkan kerja-kerja penggantian rumput dijalankan di padang berkenaan, kata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Katanya, oleh itu semua aktiviti padang di Dataran Merdeka ditutup untuk sementara waktu. – MalaysiaGazette