DUBLIN – Ryanair mengalami kerugian dalam tiga bulan pertama tahun kewangan, tempoh yang paling mencabar dalam sejarahnya.
Dengan lebih dari 99% pesawatnya tidak digunakan kerana wabak Covid-19, syarikat penerbangan itu melaporkan kerugian €185 juta (£ 169 juta) sepanjang tempoh April hingga Jun berbanding keuntungan € 243 juta setahun sebelumnya.
Ryanair menjangkakan akan mengembalikan semula lebih daripada 90% bayaran balik untuk penerbangan yang dibatalkan pada akhir Julai ini.
Syarikat penerbangan ini berdepan dengan keadaan mencabar susulan peraturan ketat dikenakan dalam pengembaraan global dalam menangani penularan koronavirus.
Mei lalu, Ryanair mengumumkan untuk mengurangkan seramai 3,000 orang pekerja merentasi Eropah.
Namun, pada awal bulan ini, Ryanair mendedahkan ia telah mengadakan pakatan dengan kesatuan Unite untuk melaksanakan pengurangan gaji sementara supaya kru kabin tidak kehilangan pekerjaan.
Ryanair kemudian menutup pangkalannya di Lapangan Terbang Hahn selepas juruterbang-juruterbang Jerman mengundi untuk menolak potongan gaji. – MalaysiaGazette