Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.-Gambar ihsan FB Sultan Johor.

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Pertemuan sejam itu membincangkan isu-isu kesihatan semasa serta perkembangan terkini kerja-kerja pembaikan Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru yang terbakar pada Jun lalu.

Sultan Johor sebelum ini bertitah yang baginda berkenan membiayai kos membaikpulih wad berkenaan dengan kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Tuanku Sultan Ibrahim amat menitikberatkan kesihatan rakyat dan ketika negara diancam penularan wabak Covid-19 sejak Mac lalu.

Baginda secara berterusan berkenan mengurniakan pelbagai sumbangan termasuk ventilator dan peralatan perubatan untuk kegunaan hospital-hospital di negeri Johor.

Sumbangan-sumbangan berkenaan dilakukan menerusi YSIJ dengan kerjasama Yayasan Temasek dari Singapura, dermawan serta rakan-rakan Baginda.

Dr. Adham turut meluangkan masa melihat kemudahan-kemudahan perubatan berteknologi tinggi di dalam ambulans peribadi DYMM Sultan Johor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast