TERKINI : Institusi Perbankan Rugi RM6.4 Bilion – Tengku Zafrul

Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa institusi perbankan mengalami kerugian sebanyak RM6.4 bilion ekoran pelaksanaan program moratorium, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Anggaran kerugian bank Yang terkesan dengan moratorium berterusan. “Institusi perbankan ini dianggarkan mengalami kerugian pengubahsuaian hari pertama Standard Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) sebanyak RM1.06 bilion bagi setiap bulan moratoium,” katanya menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan mahu tahu sama ada moratorium kewangan oleh bank-bank akan dilanjutkan enam bulan lagi.