Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang memutuskan Datuk Seri Najib Razak bersalah atas tujuh pertuduhan melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd membuktikan Pakatan Harapan (PH) tidak melakukan fitnah terhadap Najib.

Itu ditegaskan beberapa ahli Parlimen PH dan Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, keputusan yang dibuat Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali itu membuktikan perjuangan ahli Parlimen PH sejak sekian lama adalah di jalan yang benar dan berfakta.

“Apa yang kita dapat lihat pada hari ini, saya ucapkan terima kasih kepada mahkamah yang telah akhirnya menunjukkan bahawa kebebasan telah pun berlaku di mana Datuk Seri Najib telah didapati bersalah di atas semua pertuduhan dikemukakan.

“Kita melihat akhirnya apa yang diharapkan oleh rakyat ternyata menjadi satu kenyataan, jadi kami sebagai ahli Parlimen berasa lega kerana isu yang kami perjuangkan sekian lama akhirnya telah terbukti ia bukan satu fitnah tapi fakta.

“Kita mengharapkan keadilan yang kita minta itu muncul dan hak rakyat dapat dikembalikan dengan sepenuhnya,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago pula berkata, keputusan itu mencerminkan keadilan dalam kes penyelewengan membabitkan bekas Perdana Menteri keenam itu.

“Ini menunjukkan mandat dan kepercayaan yang diberikan rakyat kepada PH, ini kemenangan untuk rakyat,” tegasnya.

Sementara itu, wakil Warisan, Datuk Liew Vui Keong pula menegaskan, kes tersebut mengingatkan kembali pemecatan presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada Kabinet Barisan Nasional (BN) pada tahun 2016 kerana menegur Najib berhubung isu 1MDB.

Malah katanya, teguran yang dibuat Shafie selama ini adalah tepat dan benar.

“Daripada segi kedudukan Najib dalam Kabinet sama ada beliau layak sebagai Ahli Parlimen Pekan atau tidak, saya rasa bukanlah satu isu untuk kerajaan Perikatan Nasional untuk menentukan.

“Tapi dari segi undang-undang, beliau adalah pesalah jenayah di atas tujuh pertuduhan,” katanya.

Mahkamah Tinggi di sini memutuskan Najib bersalah di atas  tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika membacakan kehakiman beliau berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dibawa terhadap tertuduh. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Keputusan hakim mahkamah persekutuan yg mensabitkan Anwar berjubo juga membuktikan ia bukan fitnah…

  2. Begitulah nasibnya…… bukan, beginilah nasibku……
    Boskuuu ttp dihati Elly Suriati……Hei Kak Elly…..Akak dimana saat ini…….

  3. Tiada bukti yang solid pun macam kes jenayah sodom yang ada bukti air mani @kepala sperm? Bukti yang solid!

    Pemerhatian orang awam hanya percaya itu ini sahaja?

  4. Tenang dijatuhkan hukuman menunjukan bahawa dsnajib tu tdk bersalah tetapi tidak masuk akal. Apakah hakim ini dari kelompok PH

Comments are closed.