Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap parti UMNO tidak diheret bersekali dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah dan dihukum 12 tahun penjara serta denda RM210 juta.

Ahli Parlimen Rembau itu dalam hantaran di laman blognya www.khairykj.com melahirkan pendapat, walaupun bekas perdana menteri itu masih mempunyai ruang untuk mengemukakan rayuan, inilah masa UMNO sebagai sebuah parti politik untuk bergerak ke hadapan dan melakuan proses rejuvenasi.

Katanya, sabitan kesalahan terhadap Najib yang merupakan bekas Presiden UMNO itu memberi kesan besar kepada parti.

“Walaupun masing-masing berhak memberikan sokongan moral kepada Dato’ Sri Najib, saya berharap parti UMNO tidak diheret bersekali dalam kes tersebut.

“Saya yakin ahli-ahli UMNO akan terus setia kepada parti melebihi kesetiaan kita kepada mana-mana individu di dalam parti,” katanya.

Menurut Khairy yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, sudah tiba masa untuk membina semula parti keramat UMNO dan melihat kepada suatu peralihan generasi kepimpinan yang bakal membawa parti ke era yang baru.

Najib didapati bersalah bersalah atas  tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah memerintahkan Najib untuk dipenjara 12 tahun penjara serta denda RM210 juta atau tambahan penjara lima tahun seandainya gagal membayar denda tersebut.Bagi tuduhan pengubahan wang haram pula, Mohd Nazlan memerintahkan Najib dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Boleh kah KJ dan menteri2 BN yg selesa dlm UMNO & BN tu rejuvenasi dan bangunkan UMNO..so your first test ialah di PRK Slim…let we see if you can rejuvenate and win in Slim…good luck

  2. Kesian UMNO khususnya najib…..
    Muhasabahlah kita semuanya…..
    Sesuatu tindakan yg kita buat pasti ada tersiratnya….
    ada maksud dan balasannya……andai baik kita buat….baiklah yg akan kita dot di kemudiannya….
    andai burok dan terlalu burok yg kita buat, pastinya balasannya teramat burok yg pasti kita kita…..jdkan ini satu teladan dan pengajaran utk di renung bersama khususnya boskuuu……

  3. Najiblah yg telah rejuvenate dan naikkan semula UMNO dan BN selepad kalah…ko buat apa Khairi oooiiiii??? Ko toksa nak ajar org UMNO laaa..ko sendiri adalah beban kpd UMNO

  4. Mamat KJ ni ke dulu yang cadang UMNO jadi parti macam PKR?

    Kalau betul eloklah KJ lompat masuk PKR, ianya lebih liberal, lebih LBGT, lebih ummmmp!

  5. KJ memang berhak berikan pendapat dia sendiri. Cuma pendapat yang diberi nampak sangat mcam terlalu pentingkan diri sendiri, tak kiralah siapapun yang kena sebab kita dalam satu barisan mestilah Saling menghulur tangan. KJ pun lupa agaknya apa yang atuk nyanyuk tu dah buat kat Pak Lah, kiri kanan depan belakang atuk serang Pak Lah. Atuk adalah dajal nyata.

  6. KJ opportunist yang berfikiran liberal dan sangat merbahaya kepada parti, seorang yang tidak kenal kawan atau lawan untuk terus mencantas untuk menonjolkan dirinya! Nasib ada pemimpin2 muda PAS dari kalangan engineers, doktors, ustaz2 dan profesional yang lain yang berfikiran Islamic dalam mengimbangi MN!

  7. Sy cadangkan buang parti UMNO ni buat parti melayu / islam zaman sekarang….buang semua mangkok2 hayun yang kuat rasuah, cakap pandai tak buat keje dan opportunist. Gabungkan UMNO/PAS/PKR/BERSATU/AMANAH dan parti2 melayu Sabah Sarawak.

Comments are closed.