Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyapa penyokongnya sewaktu selepas mendengar keputusan tuduhan pecah amanah pengubahan wang haram RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 28 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Sejak awal pagi sekitar pukul 5 pagi lagi kelibat penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah mula berduyun-duyun membanjiri sekitar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Rata-rata mereka sanggup menunggu dalam keadaan panas  kemudian hujan dan dari pagi hingga malam sehingga bekas Perdana Menteri itu keluar dari mahkamah dalam keadaan ‘selamat’.

Penyokong yang bersedih di luar pintu pagar mahkamah ketika hadir bagi memberi sokongan kepada Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan keputusan kes Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 28 JULAI 2020.

Ada dalam kalangan mereka khuatir seandainya pembelaan tidak berjaya mendapatkan penangguhan hukuman kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

Malah ada antara mereka tidak menjamah apa-apa sepanjang hari kerana terlalu bimbang nasib menimpa Najib.

Ada juga menangis ketika Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan bekas Presiden UMNO itu bersalah atas tujuh tuduhan.

Penyokong yang bersedih di luar pintu pagar mahkamah ketika hadir bagi memberi sokongan kepada Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan keputusan kes Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 28 JULAI 2020.

Laungan ‘Bossku’ juga berterusan kedengaran dari luar pintu pagar itu malah semakin lama semakin kuat.

Najib yang keluar dari perkarangan mahkamah sempat menyapa mereka sekitar jam 8.30 malam tadi sebelum bergerak ke rumahnya di Langgak Duta barulah penyokongnya mula bersurai.

Hari ini adalah keputusan perbicaraan kes penyewelengan dana SRC International bernilai RM42 juta yang didakwa telah dilakukan oleh bekas Presiden UMNO itu ketika masih lagi menjawat jawatan nombor satu negara.

Pada awal pagi, jumlah kumpulan penyokong Najib tidak ramai namun menjadi luar biasa apabila beribu-ribu hadir memberikan sokongan sekitar jam 9.30 pagi tadi.

Penyokong yang bersedih di luar pintu pagar mahkamah ketika hadir bagi memberi sokongan kepada Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan keputusan kes Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 28 JULAI 2020.

Memang tidak dinafikan dalam ramai-ramai itu mereka melupakan SOP terutama penjarakan sosial dalam waktu pandemik Covid-19 sehingga ditegur netizen dan sudah pasti ‘musuh’ kepada Najib.

Gara-gara daripada itu, pihak berkuasa terpaksa menggunakan pembesar suara beberapa kali mengingatkan umum supaya menjaga penjarakan sosial selain memakai penutup muka selain amalkan garis panduan lain.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham sendiri melahirkan rasa kecewa dengan keadaan itu apabila gambar ribuan berarak dan menunggu di luar pagar mahkamah menjadi tular hari ini.

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 72 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan melibatkan RM42 juta dana SRC.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun setelah Mohd Nazlan memerintahkan hukuman penjara itu dilaksanakan serentak.

Ahli Parlimen Pekan itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga pertuduhan kes CBT dan setiap kes pengubahan wang haram manakala 12 tahun penjara serta denda RM210 juta, atau penjara lima tahun dalam kes menyalahguna kedudukan. –MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Tak ada pemimpin lain dlm UMNO yg blh menandingi pengaruh DS Najib termasuklah si KJ tu..KJ bebal nak mampus…benci gila aku

  2. sebenarnya hanya segelintir saja yang merasakan najib tak bersalah.. pasal apa saya kata begitu.. ingat tak BN kalah kepada PH pada tahun 2018.. pada masa itu semua bangsa asing tidak lagi menyokong BN dan mereka masih tak boleh lagi menang..dan pada tahun 2018 PH menang besar setelah ornag melayu berpaling tadah.. Jadi dari mana datangnya orang melayu nih dari UMNO.. mengapa mereka sokong PH kerana mereka merasakan UMNO dah mula merosakkan negara dan ia harus di hentikan.. Cuma yang tak merasakan itu yang hadir hari nih..

Comments are closed.