Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hadir bagi mendengar keputusan anak guamnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan tuduhan pecah amanah pengubahan wang haram RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 28 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak bagi kes SRC International melibatkan penyewelengan dana RM42 juta, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon supaya  rayuan bagi meringankan hukuman ditangguhkan kepada tarikh lain selepas sabitan.

Shafee berkata, pihaknya memerlukan beberapa hari supaya dapat memberikan laluan menangguhkan rayuan bagi meringankan hukuman kepada Isnin depan.

Shafee menjangkakan wang jaminan bagi semua pertuduhan anak guamnya hari ini adalah sebanyak RM1 juta, untuk kes-kes lain pula boleh cecah sehingga RM6 juta.

“Baru-baru ini anak guam saya juga telah di perintahkan untuk membayar cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion.

“Malah akaun anak guam saya juga telah dibekukan berikutan kes-kes yang dihadapi ketika ini. Saya mohon untuk diberikan masa supaya boleh menyediakan permohonan yang bermakna ketika ini,” katanya kepada Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Secara keseluruhannya Najib ketika ini sedang menghadapi 42 tuduhan dalam lima perbicaraan dengan tiga daripadanya sedang berlangsung.

Perbicaraan yang sedang berlangsung melibatkan dana bernilai RM2.282 bilion yang didakwa diterima oleh Najib antara 2011 dan 2014.

Bagaimanapun, Hakim Mohd Nazlan kelihatan seperti teragak-agak dan seperti tidak yakin manakala Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram juga tampil membantah.

Hujah Sithambaram, penangguhan hanya diberi selepas hukuman dijatuhkan dan bukannya penangguhan bagi sabitan.

Mohd Nazlan kemudian menangguhkan prosiding berhubung perkara itu hingga jam 2 petang ini bagi membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan lanjut.

Manakala Najib pula telah dibawa ke bilik saksi bersebelah bilik mahkamah dan tidak dibenarkan keluar sehingga prosiding sebelah petang.

Makanan dan minuman telah dibawa kepada beliau dan kebenaran untuk bersolat juga diberi.

Dalam pada itu, ketika menyampaikan keputusan kehakiman lebih sejam itu Mohd Nazlan berkata, pasukan pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam tuduhan pecah amanah.

Ini sekaligus telah memberikan ruang kepada pendakwaan untuk membuktikan dakwaan mereka melangkaui keraguan munasabah bahawa Najib sebenarnya telah melakukan ketujuh-tujuh tuduhan tersebut.

Ini termasuklah menggunakan wang RM42 juta itu untuk kegunaan peribadi termasuk membayar kad kredit, percutian dan juga pembelian barangan mewah di luar negara.

Kata Mohd Nazlan, beliau juga tidak berjaya di yakinkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho sebenarnya berani mengendalikan dan menyalahguna akaun peribadi seorang yang bergelar Perdana Menteri.

Sebaliknya kata Mohd Nazlan, pastinya Najib sedia maklum Jho Low dan Allyarham Datuk Seri Azln Alias mengendalikan akaun serta status bank peribadinya itu.

Mohd Nazlan juga menimbulkan persoalan siapakah yang berani untuk memalsukan tandatangan Najib yang ketika itu masih lagi bergelar Perdana Menteri.

Selain daripada itu, Mohd Nazlan juga menyoal mengapakah Najib tidak bertindak memulangkan wang sebanyak RM42 juta setelah mengetahui ianya datang dari SRC International.

Juga kata Mohd Nazlan, dakwaan pasukan pembelaan wang berjumlah RM42 juta adalah derma diterima oleh Najib daripada diraja Arab sebenarnya tidak boleh diterima pakai dan tidak logik langsung.

Ini kerana jelas Mohd Nazlan, keterangan Najib juga ketika pembelaan tidak memperincikan tentang derma itu malah tidak adalah apa-apa pengumuman rasmi dikeluarkan dari kerajaan Arab berhubung derma tersebut.

Prosiding bersambung sebentar lagi berhubung rayuan hukuman. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Apa pun keputusan kes2 DSNR aku tetap sokong umno, BN, PAS,PN, Bersatu 100% sampai kiamat. Andaikata PH tidak ada hubungan langsung dgn DAP kapir harbi lahanat jahanam, mungkin aku boleh sokong PH tapi masih bersyarat.

Comments are closed.