KUALA LUMPUR – Pelakon berbakat, Amerul Affendi meluahkan isi hatinya selepas kelibatnya kini jarang dilihat dalam mana-mana drama di televisyen.
Menerusi perkongsian di Twitter, Amerul menyedari pihak stesen televisyen tidak mahu mengambil dirinya berlakon selagi Instagram (IG) tidak mencecah lebih 500,000 pengikut.
Dalam entri itu, Amerul turut meminta pendapat netizen tentang apa yang harus dilakukannya.
Katanya lagi, dia tidak mahu menggunakan jalan pintas dengan membeli followers di Instagram kerana ianya tindakan yang salah.
Rata-rata pengikut yang menghargai bakat lakonan Amerul tampil memberikan semangat kepadanya malah turut mendapat perhatian rakan-rakan artis iaitu Bront Palarae dan Sharifah Amani.
Sebelum ini, Amerul pernah meluahkan kekecewaan apabila namanya sering digugurkan oleh sebuah stesen TV kerana tidak mempunyai kriteria yang dikehendaki.
Untuk rekod, Amerul Affendi pernah mencipta kejayaan di Anugerrah Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2019 apabila dinobatkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Crossroads : One Two Jaga. – MalaysiaGazette