Seramai 296 rakyat Malaysia di Arab Saudi layak menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.- Gambar hiasan.

RIYADH – Ibadah haji yang setiap tahun disertai oleh jutaan umat Islam di seluruh dunia bermula hari ini.

Namun, jumlah jemaah yang terlibat pada tahun ini adalah kecil ekoran pandemik koronavirus.

Arab Saudi telah melarang pengunjung antarabangsa melakukan perjalanan ke Mekah, dalam usaha membendung wabak tersebut.

Hanya warga asing yang berada di negara ini sahaja dibenarkan mengerjakan ibadah itu berbanding dua juta umat Islam pada tahun-tahun lalu.

Pada tahun ini jumlah jemaah haji hanyalah seramai 10,000 orang sahaja, termasuk 3,000 orang warga tempatan.

Jemaah itu pun hanya dibenarkan menyertai haji tertakluk kepada hasil ujian saringan yang akan dilakukan sebaik sahaja tiba di Mekah.

Para jemaah juga akan dikuarantin sebelum dan selepas menunaikan ibadah tersebut.

Menteri Hubungan Haji, Mohammed Saleh Binten berkata, jemaah akan dikuarantin di rumah sebelum dikuarantin lagi selama emapt hari di hotel di Mekah.

Arab Saudi menyaksikan lebih daripada 270,000 kes dengan hampir 3,000 kematian. – MalaysiaGazette