Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menyampaikan watikah pelantikan kepada Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri malam ini. -- fotoBERNAMA (2018)
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menyampaikan watikah pelantikan kepada Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri malam ini. -- fotoBERNAMA (2018)

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan keruntuhan kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) di negeri berkenaan kerana ia dibina daripada tipu muslihat dan manipulasi.

Justeru itu katanya, kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Shafie Apdal tidak bertahan.

“Kerajaan DSSA ( Datuk Seri Shafie Apdal) di Sabah dibina atas manipulasi dan muslihat..nescaya ianya juga akan runtuh berpunca dari satu muslihat…putaran roda genap 360 darjah,” tulisnya di Twitter.

Beliau berkata demikian susulan perkembangan terkini di negeri di bawah bayu berkenaan yang menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga Tan Sri Musa Aman mengumumkan bakal mengambil alih tampuk kerajaan di Sabah selepas menerima majoriti mudah wakil rakyat menerusi gabungan  baharu pelbagai parti yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

Untuk rekod, Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) telah pun bergolak sebelum ini setelah Warisan yang dipimpin Shafie memenangi 21 kerusi manakala DAP dan PKR masing-masing memenangi enam dan dua kerusi.

Walaubagaimanapun, sehari selepas kemenangan parti itu, Musa pula yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah ke-14 selepas mendakwa mempunyai majoriti mudah iaitu 31 kerusi selepas bekerjasama dengan Parti Solidariti Tanah Airku (Solidariti) pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang pada waktu itu mempunyai dua kerusi.

Namun selepas itu, enam ADUN daripada BN iaitu empat daripada UMNO dan dua daripada UPKO menyertai blok pembangkang pimpinan Warisan memindahkan kembali kuasa kepada Shafie.  – MalaysiaGazette

 

3 Komen

Comments are closed.