Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Menjangkakan orang ramai akan mengunjungi pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bagi mendapatkan tawaran diskaun 70% saman, orang ramai diingat sentiasa mengamalkan disiplin diri.

Mereka hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk mematuhi penjarakan sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter, diwajibkan memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan optimum seperti mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman.

”Melihat kepada senario semasa, adalah dianggarkan bahawa orang ramai akan mengunjungi pejabat JPJ dengan jumlah yang ramai dalam satu masa. JPJ amat mengalu-alukannya.

”Namun langkah pencegahan hendaklah sentiasa diambil bagi menangani penularan wabak  Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan diskaun 70% bagi semua saman yang dikeluarkan oleh JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2020.

Diskaun itu sempena sambutan Hari Kemerderkaan. – MalaysiaGazette