TERKINI : Kes Conteng Mural Masih Lagi Dalam Siasatan – Datuk Mazlan Mansor

Siasatan kes menconteng mural yang memaparkan wajah pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Shah Alam dijangka siap tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, polis memerlukan sedikit masa lagi untuk menyeleraskan beberapa perkara tambahan dalam melengkapkan kertas siasatan tersebut.

“Perkembangan terkini siasatan conteng mural kita telah mendapat beberapa petunjuk mendorong kepada bukti dalam siasatan kes namun saya tak akan dedahkan di sini, Jabatan Siasatan sedang mengendalikannya” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas merasmikan Bangunan Baharu Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.