TERKINI : Penganjur Himpunan di Mahkamah Ingkar Janji – Datuk Mazlan Mansor

Polis akan mengambil keterangan pihak penganjur perhimpunan yang dilakukan di luar kawasan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam bagi memberi sokongan moral kepada Datuk Seri Najib Razak yang dijatuhkan hukuman penjara denda atas kesalahan salah guna kuasa dan pecah amanah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, penganjur berkenaan telah mengingkari janji pada pertemuan dengan polis minggu lalu yang mana dia akan memastikan antara 800 hingga 900 orang akan berada di pekarangan mahkamah bagi memastikan penjarakan sosial dan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.