PUTRAJAYA – Penularan kes baharu positif Covid-19 hari iniĀ  merekodkan lapan kes dan tiga daripadanya membabitkan dua warganegara tempatan dan seorang bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan terdapat lima kes yang telah pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sepenuhnya sebanyak 8,617 kes (96.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

“Jumlah lapan kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara setakat ini adalah sebanyak 8,964 kes dan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 223 kes yang mana mereka diasingkan dan sedang dirawat,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, lapan kes baharu yang dilaporkan itu, tiga kes import tersebut adalah dari Negara Kazakhstan (satu kes di Selangor), Indonesia (satu kes di Kedah) dan Filipina (satu kes di Sabah).

“Kesemua lima kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia,” katanya.

Katanya dari kelima-lima kes berkenaan, satu kes dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur satu kes saringan di sebuah pusat perubatan.

Menurut Noor Hisham, kes kedua direkodkan di Johor iaitu satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

“Tiga lagi kes adalah dari Sabah iaitu kes pertama adalah melibatkan dua kes saringan rujukan ke Hospital Hospital Queen Elizabeth dan satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Tawau.

“Namun tiada kes dalam negara dalam kalangan bukan warganegara Malaysia yang dilaporkan,” ujarnya.

Sehingga kini, menurutnya, terdapat tiga kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Hari ini tiada kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan dan jumlah kumulatif kes kematian kekal pada jumlah 124 kes (1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” tegasnya.-MalaysiaGazette