Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menafikan khabar angin akan berlaku sesuatu yang tidak diingini di Kota Kinabalu susulan pergolakan politik di Sabah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner, Habibi Majinji meminta orang ramai di sekitar bandar raya itu tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan di media sosial.

“Untuk makluman, keadaan di sekitar bandar raya ini terkawal dan tiada apa-apa yang berlaku seperti yang disebarkan melalui media sosial.

“Masyarakat khususnya di bandar raya ini supaya tidak mudah mempercayai mesej yang tidak benar,” katanya seperti dilaporkan hari ini.

Habibi berkata, masyarakat turut dinasihatkan agar tidak menghebahkan berita atau mesej yang tidak benar.

“Polis memberi amaran kepada individu supaya tidak menyebarkan khabar angin hingga mencetuskan panik. Kita akan menyiasat mengenai penyebaran mesej palsu berkenaan,” ujarnya.

Sejak pagi ini, satu pesanan tular di laman sosial meminta orang ramai tidak keluar ke bandaraya Kota Kinabalu sebagai langkah berjaga-jaga kemungkinan berlaku sesuatu yang tidak dingini akibat keputusan pengumuman berita oleh pihak Istana Negeri Sabah pagi tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast