KUALA LUMPUR – Rombongan yang membawa bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dikatakan dihalang daripada memasuki istana negeri hari ini.

Menerusi rakaman bernamadotcom, beberapa kenderaan dilihat tersekat dalam satu sekatan yang dibuat oleh pihak polis.

Dimaklumkan, sekatan itu dibuat dipintu utama di Bulatan Nanas dan rakaman berkenaan diambil sekitar pukul 3.50 petang tadi.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah terbubar hari ini.

Menurut Mohd Shafie, pembubaran DUN berkenaan telah pun diperakukan oleh Tuan Yang Terutama Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin.

Dengan pengumuman itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat persediaan bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas itu, Musa mengeluarkan kenyataan mempersoal kewajaran Shaife memohon pembubaran DUN tersebut.

Musa turut mempertikaikan keperluan untuk Mohd Shafie berbuat demikian bagi membuka laluan kepada pilihan raya di seluruh negeri ketika wabak Covid-19 masih lagi melanda. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Wah! Polis mana tu? Polis Malaysia ke atau polis Sulu? Kalau polis Malaysia mesti arahan datang daripada Menteri Dalam Negeri..

  2. Sabar…tapi tetap ubah balik ..ayuh org sabah…peluang dah terbuka jadi ini lah masa kita ubah balik…sabah for sabahan not for come to sabah then want be sabahan…tolak tu parti warisan jangan bagi peluang tu sabahan ciplak…tolak tu parti warisan+PTI.

  3. TYT SABAH ni aku dah lama perati,.TYT ni aku nampak jenis berpihak n cenderung pada satu parti ataw individu yang kayakan dia,yang jaga dia.Maksud aku,sapi bedal la..dari bn itu hari dia ni seolah penyokong kuat sapi bedal..Bolehkah TYT macam itu?jika macam ni perangai hodoh TYT,apa nasib rakyat Sabah,adakah dia peduli jika rakyat tu bukan d kalangan ahli ataw penyokong sapi bedal..
    Jadi aku rasa,kedudukan n fungsi dia sebagai TYT boleh d persoal rakyat..Dan aku rasa hidup amat mewah persis Sultan Brunei aku fikir bila sapi bedal pelihara dia ni,.rakyat pula,masih ramai mandi d perigi..

Comments are closed.