TERKINI : 8 Kes Baharu Covid19 dan Kembali Satu Angka – Dr. Noor Hisham

Penularan kes baharu positif Covid-19 di dalam negara kembali merekodkan satu angka iaitu lapan kes dalam perkembangan terbaharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu tiga kes adalah import membabitkan dua warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara.

Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat lima kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,617 kes (96.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).