TERKINI : Elak Himpunan Besar-Besaran ketika Rai Aidiladha dan Patuhi SOP – Dr. Noor Hisham

Orang ramai dinasihatkan mengelakkan daripada mengadakan sebarang perhimpunan besar-besaran bagi sambutan Aidiladha yang akan disambut umat Islam pada hari esok.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, seperti perayaan lain yang diraikan kebelakangan ini semasa pandemik, Aidiladha juga harus diraikan dengan cara berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.