KUALA LUMPUR – Setakat 12 tengah hari tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat 12 kes positif Covid-19 dengan jumlah keseluruhan di negara ini sebanyak 8,976 kes.
Manakala satu kematian berkaitan Covid-19 telah direkodkan sekaligus kumulatifnya mencecah 125 kematian hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mangsa merupakan seorang lelaki warganegara Filipina berusia 64 tahun dan mempunyai masalah jantung serta telah mula menerima rawatan pada 29 Julai lepas.
Bagaimanapun kata Noor Hisham, mangsa di dapati telah mula mendapat gejala seperti demam, batuk serta sesak nafas sejak 25 Julai namun tidak mendapatkan rawatan.
“Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pada 29 Julai dan di bawa ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah.
“Di sana, beliau telah disahkan meninggal dunia , ujian saringan mendapati mangsa positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.
Dalam pada itu, kata Noor Hisham,12 kes baharu positif daripada 12 kes yang dilaporkan hari, lima merupakan kes import jangkitan luar negara yang melibatkan dua warganegara dan tiga lagi bukan warganegara masuk ke Malaysia.
Jelas beliau, lima kes import itu termasuklah tiga dari Indonesia, satu dari Qatar dan United Kingdom juga satu.
“Daripada tujuh kes penularan dalam dalam negara pula, terdapat lima kes dalam kalangan rakyat Malaysia dan dua adalah bukan rakyat tempatan.
“Sehingga kini juga, terdapat tiga kes postif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan satunya memerlukan bantuan pernafasan,” ujarnya.
Untuk perkembangan status terkini kluster Pui Sivagangga pula, kata Noor Hisham sehingga tengah hari tadi, seramai 262 telah disaring dengan lapannya telah dikesan positif Covid-19.
“Tiga lagi masih menunggu keputusan. 251 pula negatif,” katanya.
Dalam pada itu, sekali lagi Noor Hisham turut menasihati masyarakat umum supaya sentiasa mematuhi ‘norma baharu khasnya ketika keseluruhan umat Islam hari ini sedang menyambut Hari Raya Aidiladha. –MalaysiaGazette