Serangan dan letupan berlaku di jalan yang padat dengan orang ramai. foto Agensi

KABUL – Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh di Afghanistan selepas berlaku letupan dalam sebuah kereta di wilayah Logar.

Letupan itu berlaku semasa gencatan senjata yang diisytiharkan Taliman sempena Aidiladha.

Taliban menafikan terlibat dalam serangan itu namun IS belum membuat sebarang kenyataan.

Serangan itu dipercayai daripada pengebom berani mati, Dedar Lawang berlaku berhampiran dengan pejabat gabenor ketika orang ramai sedang keluar membeli-belah sempana menyambut Aidiladha.

”Pengganas sekali lagi melakukan serangan di malam Aidiladha dan membunuh rakyat negara ini, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Tariq Arian.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berkata, serangan itu tidak ada kaitan dengan kumpulan tersebut.

Taliban dan Kerajaan Afghanistan bersetuju untuk gencatan senjata mulai hari ini, selama tiga hari.

Terdapat harapan untuk gencatan senjata kekal tetapi rundingan damai ditangguhkan kerana pertukaran tahanan.

Kesepakatan dibuat bahawa pemerintah akan membebaskan 5.000 tahanan Taliban sebagai ganti dengan 1,000 anggota keselamatannya.

Pemerintah Afghanistan telah membebaskan lebih dari 4,400 tahanan Taliban, sementara seorang jurucakap pemberontak mengatakan pada hari Khamis sejumlah 1,005 tahanan pemerintah sekarang telah dibebaskan. – MalaysiaGazette