Warga etknik Rohingya bersama anak mereka di luar perkarangan rumah mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 28 MEI 2020

Malaysia adalah salah satu negara yang sejak dulu lagi prihatin dan lantang bersuara mengenai kezaliman di negara-negara lain, dari Perjuangan Apartheid di Afrika Selatan, penindasan orang Palestin , isu Rohingya di Myanmar ke etnik Uighur di China .

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada satu ketika dulu, telah berkata, “Malaysia akan terus menyuarakan isu penindasan etnik Rohingya di Myanmar dan mengajak dunia menyalurkan bantuan kemanusiaan terhadap pelarian etnik berkenaan yang kini berlindung di Bangladesh”, semasa bertemu dengan Setiausaha Politik dan Hal Ehwal Undang-undang Parti Komunis China, Meng Jianzhu. (Sarawak Voice, 28 September 2017)

 Sejarah Malaysia berbudi pada pelarian

Sejak dulu kita perihatin dan terima Pelarian dari Vietnam Bosnia, Syria, Rohingya, Afghanistan, Sri Lanka, Palestin dan banyak negara lain kerana sifat membela manusia yang tertindas , dan percaya kepada keadilan. Malaysia, selama ini, bekerjasama erat dengan UNHCR, menjadikan Malaysia negara sementara untuk pelarian , sebelum mereka ditempatkan ke negara ketiga.

Kita bukan hanya terima pelarian yang sampai sendiri ke Malaysia.

Orang Pelarian Syria dibawa masuk pada tahun 2015 dengan usaha kerajaan Malaysia. Kita menerima rakyat Syria seramai 3000 orang  supaya menetap di Malaysia. Sebelum itu , pelarian Bosnia pula diterbangkan  masuk oleh kerajaan Malaysia, dan kemudian pulang setelah negara Bosnia  aman semula. Ini  menunjukkan orang Malaysia cukup prihatin, sensitif dan bertindak mulia membuka ruang kepada orang yang menderita.

Seperti itu selama 20 tahun, pelarian Chin dan Rohingya juga diterima atas dasar kemanusian kerana peperangan dan penyiksaan  derita hidup di Myanmar,  yang mana berlaku pembunuhan, kampung halaman dibakar, anak bini dirogol, ibu bapa ditetak depan mata. Kita berperikemanusian dan membantu.

Apakah Hidup Orang Pelarian Begitu Menyusahkan Orang Malaysia?

Sejak dulu pelarian hanya memohon sedikit tempat di tanah kita untuk hidup. Mereka cari makan, buat kerja apa saja dengan upah apa pun, dan berusaha sendiri bayar sewa, dan hidup berdikari.

Kerajaan dan rakyat Malaysia tidak dibebani memberi bayaran ehsan atau menanggung hidup pelarian dalam apa-apa cara pun.

Isu mereka bekerja di sana-sini  dan keadaan pasar yang kurang bersih telah pun diselesaikan atas penguatkuasaan yang mana kebersihan lebih terjaga.  Keadaan kotor berlaku di mana-mana pun, di kawasan pangsapuri misalnya . Masalah selesai bila semua bekerjasama dan ada penguatkuasaan.

Pelarian dituduh dalam isu jenayah. Tetapi ini berlaku di dalam mana-mana masyarakat. Statistik menunjukkan jenayah lebih banyak dilakukan oleh orang tempatan, bukan pelarian. Bekas  Timbalan  Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata hanya 1% orang asing terlibat dalam jenayah ( Star, 9 Julai 2013 ).

Kebencian Sejak Penularan Covid-19

Dari hati yang terbuka dan kasihan kepada  pelarian yang tertindas, apa yang berlaku sehingga sebahagian rakyat kita begitu benci kepada pelarian Rohingya  sejak penularan Covid-19 beberapa bulan ini?

Adakah kita begitu resah dan takut  akan dijangkiti Covid-19, sehingga kita  mencari satu golongan dijadikan  kambing hitam  supaya kita dapat bersatu menghadap musuh  Covid-19?

Penularan Covid-19 bermula dari orang yang pulang dari luar negara, yang pulang dan  bermesyuarat di Putrajaya, dari orang luar negara menular ke Perhimpunan Tabliqh, ke gereja,  ke ramai lagi golongan rakyat Malaysia. Orang pelarian, yang lama sudah menetap di Malaysia dijangkiti seperti orang lain juga, dari orang Malaysia lain, bukan dari pelarian yang baru masuk ke Malaysia.

Kenapa kita tuduh pelarian ?  Mereka tidak lebih berisiko menular jangkitan Covid-19. Jangkitan Covid-19 bermula dari orang pelancong luar negeri, rakyat Malaysia yang pulang yang terbang masuk melalui kapalterbang. Pelarian Rohingya mendarat dengan kapal buruk .

Adakah kita begitu resah dan takut, sehingga kita hilang pemikiran yang rasional, dan mahu pelarian jadi sasaran untuk dituduh menjadi punca penderitaan kita .

Penderitaan yang berlipat ganda

Kini, satu kelompok manusia yang menumpang hidup atas belas kasihan kita, yang  diterima dulu, dijemput naik ke daratan kita dulu, yang berdikari hidup mencari sesuap nasi dengan buat kerja  3D dan boleh  cari makan dan boleh bayar sewa sendiri, mereka sekarang kebuluran tidak dapat memberi anak-anak mereka makan dan tidak dapat membayar sewa rumah. Mereka terpaksa bergantung hidup menerima derma bungkusan makanan dari orang lain.

Itu kah yang kita mahu?

Tidak, kita mahu dia keluar dari negara kita. Balik ke Myanmar negara asal. Balik ke Cox Bazaar. Kita tidak mahu mereka lagi di negara ini. Keluar sekarang!

Myanmar masih berperang. Mereka akan mati ditetak, dibakar, dirogol di sana. Cox Bazaar sudah sangat padat, penuh dibanjiri manusia, dengan pelbagai masalah kompleks. Pulau di pinggir Bangladesh dimana pelarian akan dihantar, tidak subur langsung , dan sangat senang dibanjiri. Bagaimana nak hidup di situ ?

Bagaimana  lebih 150,000 pelarian mahu segera meninggalkan Malaysia. Ibu yang mendakap mereka selama ini menghalau keluar. Sempadan pun tutup sebenarnya. Di mana nak pergi? Apa perlu mereka buat sekarang?  Supaya rakyat Malaysia puas hati dan terima kehadiran mereka?

Korban untuk Fakir Miskin

Pada Hari Raya Haji, kaum Muslim di seluruh dunia akan menjalankan Korban dan mengagihkan daging kepda fakir-miskin. Bolehkah semua kaum di Malaysia termasuk yang bukan Islam juga memilih untuk korbankan kebencian terhadap pelarian Rohngya yang berada di negara kita pada hari yang sama? Kerana Suruhan Tuhan meminta insannya saling berkasih sayang sayu berdendang ke hati kita.

Nabi Ibrahim cukup taat kepada suruhan Tuhan menyuruh Nabi  korbankan anaknya . Tidak ada sangsi langsung. Nabi Ibrahim cukup percaya Tuhan akan beri yang terbaik, akan membawa kebaikan kepadanya yang taat kepada Perintah Tuhan.

Adakah kita sangsi kepada Perintah Tuhan, yang menyuruh kita saling kasih mengasihi, tolong menolong, kerana takut kita sendiri akan kerugian? Kenapa Nabi Ibrahim tidak takut dia kerugian? Tidak takut kehilangan anaknya sendiri? Kerana begitu percaya Tuhan akan sentiasa melindungi umatnya dan membawa kebaikan. Adakah kita mencontohi Nabi Ibrahim dalam ketakutan kita terhadap pelarian Rohingya ?

Kita takut pelarian Rohingya ambil pekerjaan kita. Kita takut pelarian Rohingya duduk rumah kita ? Kita takut pelarian Rohingya kotor ? Betulkah  kita ini tidak berupaya mengatasi ketakutan ini?

Ya, kadar pengangguran bertambah. Tapi adakah selama ini, pekerjaan kita sebenarnya dirampas oleh pelarian Rohingya . Mereka melakukan kerja-kerja yang  orang lain enggan melakukan. Dengan upah yang begitu sedikit.  Seperti kerja dengan lori sampah, sapu tepi jalan , kumpul besi buruk.

Bolehkah kita bersimpati dengan orang pelarian yang menderita dan membuka hati kita terhadap kesengsaraan mereka? Inilah rayuan saya kepada semua rakyat Malaysia – marilah kita menghakis persepsi negatif terhadap kaum pelarian Rohingya yang wujud di hati dan minda ramai antara kita.Marilah kita mengorbankan perasaan kebencian terhadap kaum pelarian.

Nik Aziz Afiq bin Abdul
Ketua Pemuda Nasional PSM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. selesaikan masalah PATI dulu,
    halau dulu semua PATI dari negara nie,
    PATI bukan hanya melanggar undang2 negara,tapi mereka juga ada yg terlibat dengan kegiatan jenayah,
    xkira la indon ke,pakistan ke,rohingya ke,myanmar ke,india ke,china ke,bangla ke,sapa ke,halau dulu semua PATI dari negara nie,
    bersihkan dulu negara dari PATI,PATI hanya mendatangkan masalah kepada rakyat tempatan dan negara,dah lupa ke apa mereka buat masa PKP haritu,
    dah lupa ke apa yg mereka burukkan negara di al jahiliyah,
    masalah PATI pun berserabut,lagi mahu sembang terima masuk pelarian,
    esok lusa kalau dah xleh nak kawal jumlah warga asing yg ada dalam negara nie baru nak pening??baru nak fikir??

  2. Betul apa yg mat rossi tulis ni..ngo2 tak plu nk sembang sgt lh, nk bela pati or pelarian..ngra kita dah pnuh dgn mslah nk bebani mslh lg..kami ssrangkn kpd ngo2 yg bela sgt pendatang asing ni.supaya dia ambil pdtg2 asing ni tempatkan di rmh2 ngo ni, biar dia ternak smpai mmpus..rakyat kita masih ramai lg perlu di bela , tiba2 ngo bodoh ni bersuara pula wakil kpd pdtag2 ni..ngo apa ni..sptutnya ngo2 no bela rakyat tempatan yg susah bukan duk bela anjing2 kurat yg entah mana dtg tu..harap ngo2 tu muhasabah diri sikit ya klu nak buat amal tu..tak pyh nk buat ibarat sprti ” anak di rumah mati kelaparan, anjing di hutan di beli mkanan.”

Comments are closed.