Kenyataan SPR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima pemakluman rasmi dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam, berhubung pembubaran DUN Sabah penggal ke-15, kata Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak.

Beliau berkata berdasarkan Perkara 21 (4), Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

“Justeru itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ikmalrudin berkata tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

— BERNAMA

 

1 Komen

  1. Kenapa?
    Kerana ramainya petualang dan pengkhianat

    Maka sejarah jatuh nya melaka kepada penjajah adalah petualang dan pengkhianat

    Yang kalah takut bayangan maut sendiri
    Yang takde kuasa hilang duit dan kekayaan

    Mandat rakyat

Comments are closed.