Tujuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung urusan cukai jalan yang dipercayai melibatkan ketirisan mencecah RM3.1 juta, dua tahun lalu.

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah akan menyiasat dakwaan kononnya terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah telah ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti.

Pengarahnya, S.Karunanithy berkata SPRM Sabah telah menghubungi ADUN yang dipercayai terlibat, baru-baru ini.

“Hasil interaksi itu, ADUN terlibat enggan membuat laporan rasmi kepada SPRM dengan alasan tiada sebarang transaksi rasuah yang berlaku ketika ini.

“Bagaimanapun, SPRM Sabah akan terus menjalankan siasatan dan bersedia menerima aduan serta maklumat berkaitan daripada mana-mana pihak yang terlibat,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat laporan media mendakwa kononnya beberapa ADUN Sabah telah ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti.

— BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.