Donald Trump. foto AP

WASHINGTON – Pemimpin Republikan telah menolak cadangan Donald Trump untuk menunda Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang dijadualkan pada bulan November ini.

Trump membuat cadangan itu atas dakwaan peningkatan undi pos akan mendorong berlakunya penipuan dan keputusan tidak tepat.

Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell dan Ketua Dewan Minoriti, Kevin McCarthy telah bersama-sama menolak idea itu.

Trump tidak mempunyai kuasa untuk menunda pilihan raya kerana sebarang penundaan harus disetujui oleh Kongres.

Beliau mahu menundanya sehingga orang dapat “memilih dengan betul, aman dan selamat” tetapi tidak banyak bukti yang menyokong dakwaan Trump itu, kata mereka.

Amerika Syarikat mahu mempermudah pengundian melalui pos kerana kebimbangan kesihatan awam terhadap wabak koronavirus.

Campur tangan Trump dalam pilihan raya itu muncul selepas angka baru menunjukkan ekonomi AS telah mengalami penguncupan terburuk sejak Kemelesetan Ekonomi pada tahun 1930-an. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast