Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tindakan ADUN Tras, Chow Yu Hui memfailkan permohonan mahkamah untuk mencabar perintah kerajaan negeri Pahang yang mewajibkan tulisan Jawi digunakan di papan tanda iklan hanyalah untuk meraih populariti politik menerusi provokasi perkaumanan.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dalam satu kenyataannya menegaskan, tindakan tersebut tidak boleh dipandang remeh.

Menurut Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz, tindakan sedemikian boleh mencetuskan provokasi yang membawa ketegangan hubungan kaum, tambahan pula negara masih dibayangi polemik berbaur perkauman.

“Dalam pada itu, ABIM melihat tindakan ini adalah demi untuk meraih populariti politik semberono menerusi provokasi perkauman tanpa ada rasa tanggungjawab untuk mencari penyelesaian serta inisiatif yang terbaik menerusi dialog dalam kalangan wakil pelbagai kaum terlebih dahulu.

“ABIM menegaskan khazanah sesuatu bangsa seperti tulisan Jawi tidak harus ditanggapi sebagai ancaman. Sebaliknya perbezaan budaya dalam masyarakat majmuk harus dinilai sebagai  suatu keunikan yang perlu untuk dipelajari oleh semua bangsa.

“Gesaan ini berdasarkan pada pengalaman dan pemerhatian ABIM sepanjang dialog dengan pemimpin yang mewakili pelbagai bangsa dan agama,” katanya.

Tambah Muhammad Faisal, Yu Hui itu telah ditolak dan dikritik beberapa pemimpin DAP Pusat sendiri sebagai mementingkan diri serta mempunyai kepentingan peribadi yang merosakkan nama baik parti berkenaan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Boleh percaya ke permainan dia org ni. Jenis cauvinis perkauman diaorg ni. Tunggu juga ni saman kewujudan sek cina.,apa citer ?

  2. Tak plu nk lyn sgt puak2 kafir harbi dap ni..ini ngra kita..tanah mlyu,so kita berkuasa, dia pdatang je kot..ptit rasa bsyukur org mlyu trima puak2 kfir hrbi dap ni jadi sbahagiaan drpd penduduk tanah mlyu..so klu ko rasa tak suka dgn undang2 tanah mlyu di persilakn berambus drpd tanah mlyu ni..kami tak jemput puak2 ko dtg sini..dan kami tak halang puak2 ko nak pergi..klu berambus lagi bgus, sbb ada puak2 komyusahkan je..lbh baik tak ada senang kerja, sprti negara beruna, best nk laksana undang2 islam..tak ada org ganggu..harap2 mlysia sprti bruna lh nnti, slmt..amin.

Comments are closed.