Shafie Apdal
Reaksi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sidang media khas pembubaran DUN Sabah. foto MALAYSIA GAZETTE, 30 JULAI 2020

KUALA LUMPUR – Fenomena lompat parti dalam kalangan ahli politik amat menjijikkan kerana ia boleh melibatkan kejatuhan sesebuah kerajaan sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.

Perkara itu amat buruk kerana ia telah melibatkan pengkhianatan kepada kepercayaan rakyat dan mandat rakyat memandangkan undi yang diberikan adalah berdasarkan kepercayaan rakyat kepada parti yang bertanding.

Tetapi kepercayaan itu dikhianati oleh Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah bertukar keluar parti atau menukar ke parti yang lain.

Ir. Hayatul Kamil, Ketua Amanah Parlimen Bandar Tun Razak berkata, budaya itu telah berlaku di Malaysia dengan meriahnya sejak “Langkah Sheraton” dan jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dakwa beliau, usaha ini masih berjalan di Pulau Pinang dan Selangor.

Tetapi gerakan untuk menumbangkan Parti Warisan Sabah gagal walaupun ramai ADUN di sana berjaya dibeli sehingga bernilai RM35 juta.

Antara ADUN Sabah yang mengaku ditawarkan habuan untuk berpaling tadah daripada kerajaan Warisan ialah Dumi Pg Masdal.

Dumi mendakwa dijanjikan bayaran RM5 juta untuk meninggalkan Warisan dan RM20 juta untuk menjadi menteri Sabah.

Hayatul berkata, tindakan pantas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menyebabkan DUN negeri dibubarkan.

Ahli Parlimen atau ADUN yang keluar parti menerima tawaran wang ringgit bernilai jutaan ringgit supaya mereka meninggalkan parti asal, selain itu jawatan dan pangkat juga ditawarkan.

Budaya ini menular pula ke beberapa buah negeri seperti Melaka, Kedah, Johor, yang menyebabkan kerajaan negeri-negeri tersebut jatuh ke tangan kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

”Dalam suasana hari raya Aidiladha ini, rakyat Malaysia sepatutnya dihidangkan dengan kegembiraan sepertimana Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail apabila Allah Taala
menerima ibadah kurban mereka.

”Dari peristiwa ini erti pengorbanan dipatuhi dari Tuhan Yang Esa, setiap arahan agama wajib dilaksanakan, begitulah pengorbanan amanah dan tanggungjawab kepada parti dan rakyat tidak boleh seleweng dengan mudah meninggalkan parti,” katanya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Statement mengelirukan rakyat tanpa menyatakan kebenaran, yg dekat sabah tu 10 adun tu balik menyokong musa aman sahaja asalnya mereka memang dgn bn..hanya adun inanam dan 2 adun dilantik sahaja tu yg lompat..tapi pelik waktu shafie runding mereka 12 mei 2018 tak pula amanah komen. Kenapa sbb mereka menyebelahi ph ke? Tak takutkah di akhirat kelak kamu akan di tuntut oleh rakyat yg kamu pimpin…

  2. Woi bahalol…yg lembu2 UPKO menang atas tiket BN dan kemudian melompat join kerajaan tebuk atap Warisan tu kau tak nak sebut? Oooo masa Bersatu dlm PH…geng2 UMNO mcm Tok Pa lompat masuk PH ko diam mcm lembu plak…bila Bersatu keluar PH laaa ni ko nak melalak…ko ingat rakyat bodoh kah? Macam bangang punya statement…

Comments are closed.