KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini boleh dikatakan lebih meriah apabila orang ramai dibenarkan balik ke kampung halaman masing-masing walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Jumlah kenderaan yang memasuki beberapa lebuh raya di negara ini mungkin berganda orang ramai mahu ‘balas dendam’ tidak dapat pulang ke kampung semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Namun kelonggaran itu tidak dimanfaatkan sebaiknya susulan orang ramai yang menggunakan lebuh raya tidak mengamalkan kebersihan tatkala berhenti di tepi lebuh raya dan meninggalkan sampah-sarap apabila menyambung perjalanan ke kampung halaman.

Kekotoran yang ditinggalkan orang ramai itu menyukarkan petugas-petugas kebersihan di beberapa lebuh raya susulan sampah-sarap itu ditinggalkan di banyak tempat di tepi lebuh raya.

Perkara itu kini yang tular di media sosial turut mendapat pelbagai kecaman daripada netizen yang melihat sikap tidak bertanggungjawab itu.

Ia susulan orang ramai tiada pilihan lain untuk berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) sama ada untuk berehat mahupun solat akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya hampir 12 jam. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Ini lh manusia iblis..tak tahu nk simpan wat blok rmh ko ke smpah tu..mmg mnusia ni blh di lebal kn sbgai syaitan lh..

  2. Rupanya ramai manusia otaknya melekap kat jubo… Kat situ kita dah tahu..dorg ni spesis pengotor.

Comments are closed.