Kelmarin, tular video pendek Mohamed Azmin mengejar Dr Mahathir dan ia menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat dan pihak tertentu.

KULIM – Tindakan Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cuba mengejar dan mendapatkan Tun Dr Mahathir Mohamad di Masjid Putra, Putrajaya kelmarin hanya sebagai ingin menunjukkan rasa hormat beliau kepada bekas perdana menteri itu dan tidak harus dipolitikkan.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata ia bukan berkaitan politik sebaliknya sekadar bertanya khabar dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada Dr Mahathir.

“Kita ini orang Islam dan orang Melayu serta rakyat Malaysia, kita bukan bersengketa atau bermusuhan sehingga dendam antara satu sama lain. Saya orang muda perlu tunjuk hormat kepada insan yang lebih tua.

“Mungkin kita ada pandangan yang berbeza tetapi apabila di dalam masjid dan apa lagi pada Hari Raya Aidiladha, sudah tentu saya sebagai seorang yang jauh lebih muda daripada Tun Dr Mahathir, saya bertanggungjawab untuk bertemu dengan beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan bertanya khabar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Korban Perdana Penggerak Komuniti Negara peringkat negeri Kedah di Padang Serai dekat sini hari ini. Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Mohamed Azmin berkata tindakannya itu tidak harus dipolitikkan meskipun pandangan beliau dengan Dr Mahathir berbeza pada masa ini memandangkan bekas perdana menteri berkenaan seorang tokoh negarawan yang perlu dihormati.

Kelmarin, tular video pendek Mohamed Azmin mengejar Dr Mahathir dan ia menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat dan pihak tertentu.

Bagaimanapun, di laman twitternya, beliau tidak meletakkan video itu tetapi hanya memuat naik gambar yang menunjukkan beliau berjalan beriringan bersama Dr Mahathir.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kau duduk solat depan Tun, pun orang komen, kau kejar Tun pun orang komen, kau buatlah apa yang kau rasa betul jemin. Yang penting kau jangan sombong, anggaplah Tun sebagai jelata dan kau menteri, yang pasti orang tua kena kita hormat.

Comments are closed.