Mohd Puad Zarkashi UMNO Deputy Prime Minister Ismail Sabri Yaakob cabinet reshuffle
Mohd Puad Zarkashi

KJ: BACALAH KRITIKAN SAYA INI

Semalam, posting saya ada sentuh sikit pasal KJ.

Akibatnya terdapat beberapa komen terhadap KJ. Elok saya perjelaskan.

Ini bukan nasihat saya kepada KJ. Saya tidak layak menasihati beliau. Kalau nasihat pun belum tentu dia dengar sebab itu saya kata ini adalah kritikan. Maaf kerana tulis panjang sikit.

Tidak ada salahnya saya mengulas komen KJ terhadap Najib bila dia dihukum bersalah.

Jangan anggap ini sebagai perang sama sendiri atau perpecahan.

Ini politik terbuka. KJ suka politik terbuka. KJ kata ini cita rasa orang muda sekarang.

Tetapi jangan pula orang yang membuat komen awal dikatakan okay manakala yang membalas komen dianggap pemecah belah.

Perbezaan pendapat okay tetapi jangan berpecah sampai hilang kuasa. Perang Mahathir – Muhyiddin menyebabkan kerajaan PH tumbang.

Perang Anwar – Azmin juga menyebabkan PKR kehilangan kuasa dan jawatan menteri. Anwar pula gagal lagi jadi PM.

Ada tiga isu yang saya mahu sentuh terhadap komen KJ itu.

Pertama, walaupun KJ membuat kenyataan menyakitkan hati, Najib membalasnya dengan ucapan terima kasih tetapi sindiran tajam.

Dia tidak menghentam KJ. Dia mengucap tahniah kepada KJ kerana bekerja kuat setiap hari sehingga tumbangnya kerajaan PH.

Sebab itu menurut Najib, KJ dapat ganjaran kerana dilantik menteri oleh Muhyiddin.

Tetapi apakah KJ faham sindiran tajam dan pedas dari Najib itu.

Sejak BN kalah, KJ senyap menghilangkan diri. Dia jarang mengkritik pembohongan PH meggunakan fb dan twitter beliau.

Kelibat KJ juga jarang nampak. Sedangkan Najib pusing seluruh negara menggunakan platform Bossku untuk jumpa akar umbi.

KJ ada?

Kedua, KJ kata jangan taksub kepada individu. Kita kena move on.

Sebenarnya rakyat tidak taksub kepada Najib sebagai individu.

Mereka taksub kepada perjuangannya dan jasanya. Dia penunai janji. Mereka juga taksub kepada kesabaran dan kegigihannya.

Najib sudah tidak ada apa apa lagi untuk ditawarkan. Dia bukan Perdana Menteri. Dia bukan ada syarikat perniagaan yang besar.

Dia banyak hutang. Hutang ikat jamin, hutang LHDN sampai RM1.69 bilion.

Ramai kawan kawan rapat lari meninggalkan dia tetapi rakyat biasa dan anak muda tidak lari. Mereka mengerumuni Najib diketika dia sudah tidak ada apa-apa.

Itu tanda baik. Itu tanda mereka taksub kepada perjuangan Najib. Mereka ingat jasa Najib. Mereka melihat kebangkitan Najib setelah dilanyak begitu teruk.

Cuba KJ bandingkan dengan diri sendiri. Setelah tidak lagi menjadi menteri. Tidak ada jawatan dan tidak ada apa yang ditawarkan apakah rakyat masih mengerumuni beliau

Mereka suka KJ dulu mungkin kerana taksub kepada penampilannya. Taksub kepada stokin merah yang dipakai bukan kerana perjuangannya. Populariti begitu cepat hilang.

Itu taksub individu namanya. Itu patut ditolak. Ia tidak menambah apa apa kepada parti walaupun KJ jadi Ketua Pemuda dua penggal.

Ketiga, KJ kata jangan heret parti dengan keputusan mahkamah. Ini tuduhan kedua KJ kepada Najib.

Dulu apabila Najib mula didakwa KJ kata jangan jadikan UMNO sebagai perisai dan pembela.

Ia pantas dijawab oleh Najib bahawa dia tidak akan menggunakan parti untuk membelanya. Dia letak jawatan Presiden UMNO. Dia ke mahkamah tanpa menganjur demonstrasi.

Kini KJ bangkitkan isu yang sama. Tahukah KJ, bila PH tumbang, ada usaha oleh Ketua Ketua Bahagian supaya kes Najib digugurkan. Najib menolak dan mahu terus melawan di mahkamah.

Justeru, taksub rakyat kepada Najib adalah taksub kepada perjuangannya. Itu melahirkan teman sejati. Teman dalam “perjuangan”.

Apakah KJ ada teman sejati seperti itu. Akan sampai masanya, bila tiada jawatan dan kuasa kita akan ditinggalkan keseorangan.

Sebab itu jangan jadi pemimpin populis. Parti tidak untung apa apa.

Semoga Najib tabah dan istiqamah. Kepada KJ, “Jangan hanya tahu erti mewarisi kepimpinan tetapi tidak tahu erti mewarisi perjuangan”.

Maafkan saya. Selamat menyambut Raya Korban. – MalaysiaGazette

Sumber: Facebook DrPuad Zakarshi

ARTIKEL BERKAITAN:

KJ harap UMNO tidak diheret bersekali dalam kes Najib

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

13 Komen

  1. Kami Rakyat biasa tetap bersama Ds Najib dan menganggap Ds Najib adalah yang terbaik tapi telah dianiayai olih Musuh Politik..
    Kami berdoa semoga Ds Najib tabah menghadapi Ujian ini..

  2. Siapa lah kj tanpa Najib. Budak sekarang memang tidak tahu kenanh budk dan terima kasih.

  3. Kj tu bangang!! Ko tunggu pru15 nanti..den dgn oghang ghombau akn bungkus ko!! Mulut mcm celako. Ko naik dalam politik hanyo menumpang tuah mentuo ko pak lah!! Ko tak ado aura langsung dan tak ado jiwa perjuangan.. Den doakan ko copek mampos dalam politik. Aamiin

  4. Sbb apa orang mengagumi najib?
    Sbb otak letak di tepi.
    Kebenaran letak dihujung.
    padahal kes 1mdb ini dah libatkan banyak negara.
    SRC pun najib TKO 7-0 bersalah.
    Anak tadika pun tahu najib rompak wang negara.
    Takkan lah sebagai pm tak tahu duit masuk akaun sendiri@rm 42 juta.
    Ini adalah satu pembohongan.
    Adakah bila pemimpin bohong masih boleh dipercayai.

    Jadi tak payah lah nak sucikan bangkai gajah yg dah sangat membusuk.

    Kalau sayang negara ini.
    Terima lah hakikat bahwa pemimpin umno zaman najib ini telah bnyk rosak.

    Terima lah hakikat, pemimpin2 korup dalam umno kena singkirkan.

    Rakyat bukan bodoh lagi.
    Maklumat & perjalanan perbicaraan mahkamah boleh diakses dg penuh.

    Ingatlah…
    Nyawa kita dah dipenghujung.
    Menyokong perkara mungkar sama juga berbuat kemungkaran.
    Sama2 berdosa dihadapan Allah kelak.

    Bertobatlah wahai Fuad arkasi.
    Masa anda berpolitik bodek dah tamat.
    Jommmm kita sama2 imarahkan masjid.

  5. Puad:perjuangan sebenarnya dtg dari hati bukannya dtg dari perjuangan org lain,sbb perjuangan dari org lain tidak akan sama dgn perjuangan diri Sendiri,awk nk kritik kj,tp awk sendiri pun Salah,slepas ydp agong lantik tsmy sbagai pm baru,awk mgkritiknya,dimanakah perjuangan anda,slpas pm keluar dari ph awk hentam dia dan mcm2 lg,sbelum awk kritik org lain,kritiklah diri kamu Sendiri.

  6. Puad pun akan bungkus klu dia bertanding dlm pru15 nnti. Puad ni ckp jer berdegar2 tp habuk pun tarak. Guru2 mmg x suka puad dari dulu, kini dan selamanya sbb sepanjang dia jafi timb.menteri pendidikan, x dak satu pun jasanya kpd kaum guru. Say sorry to puad, you are not the teachers choice!!!. Go to hell puad. Aku x sokong KJ tp benci aku kpd puad lbh.

  7. Azami Hashim**kepalo hatok kou….
    Kou jilat lah jubur Najib tu yg sah2 doh perompok harta negara……bg aku harta negara tetap aku jugok punya walau sebesar zarah.. dn aku tak kan halal dan redho sehingga 7 keturunan……Najib dan dibahagi2kan pd rakyat yg telah di bodoh2kan termasuklah kou Azami Hashim….meme bebal sungguh sipenjilat jubur Najib ni…. naaunzubillah……

  8. Salam buat manusia yang bernama Fuad……
    udoh2lah kou membodek tu…..
    Ingatlah Fuad yg *zakarkoudohterkeno*kasi*…..kou doh *exspried* tak nilai doh…..kami semo tahu yg kou teramat sgt nak kan kerusi di PRU 15 nanti….tu yg kou MERORAN sgt tu……ingat……zakarkoudohkenokasi…..

  9. Alahaiiii KJ sendiri adalah Ketua Pemuda yg gagal..dia gagal menarik sokongan org muda kpd BN..apa jasa dia?? tak daakkkkkk…cuba KJ tanya diri sendiri..dlm 6 PRK, rakyat berbondong2 datang nak jumpa Najib kah atau nak jumpa KJ? pooodaaahhh…selama 22 bulan KJ tak buat apa pun…lepas PH tumbang, KJ sebat jawatan..mcm musibat…

  10. Teruskan perjuangan DSN!!
    ALLAH SWT bersamamu.
    Jangan peduli sindiran dan cacian!
    Istiqomah dan berani kerana benar.
    Insyaallah DSN akan BERJAYA!

    DARI….
    PENGUNDI MUAFAKAT NASIONAL
    AMIN

Comments are closed.