Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Mungkin mereka takut nak kecam atau perli Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) maka mereka ‘tembak’ saya, kata Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian merujuk kecaman dalam UMNO kepadanya selepas mengeluarkan kenyataan menggesa parti itu terus bergerak ke hadapan, sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu, beliau sebenarnya tidak mempunyai niat untuk bersikap biadab atau kurang ajar kepada bekas Perdana Menteri yang dikenakan hukuman penjara 12 tahun itu.

“Tengku Razaleigh pun ada cakap benda yang hampir sama. Minta pemimpin tertentu untuk memberi laluan, tetapi beliau tidak dikecam macam saya.

“Mesej (Ku Li) sama (dengannya), tapi kerana KJ, pembawa mesek di’tembak’,” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu dalam ciapan Twitternya, hari ini.

Khairy dalam kenyataan sebelum ini berkata, walaupun semua orang berhak memberikan sokongan moral kepada Najib yang dijatuhi hukuman penjara berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd., namun berharap UMNO tidak diheret bersekali dalam kes itu.

Berikutan itu, beliau dikecam banyak pihak sehingga ada yang mendakwa Ahli Parlimen Rembau itu cuba menjadi ‘hero’ bagi menyelamatkan keadaan parti. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Hanya orang2 yg dungu saja yg masih sokong pemimpin yg di KO 7-0 kan oleh mahkamah tinggi.

    Ingatlah menyokong sama juga dosa nya dgn yg terlibat dllihadapan Allah.
    Apalagi yg berselindung disebalik tabir jubah & serban.

    Dunia ni hanya sementara.
    Mati tu pasti
    Dan akhirat tu kekal abadi.

  2. Aku belajar tggi pun aku sokong, sbb aku tahu kenang budi..org bg baik kita kena bls baik..so jgn anjing, lpas bg mkn , salak kita pula , org yg bg mkn itu..harap fhm2 lh ya..walaupun di jatuhkn hukuman..tapi byk langkah lg utk tentukan pkara sbnar slh or sblik nya..so kita tak plu nk bersorak kmnangan lh..insyllah DSN akn guna sbaik munkin rayuan nya di mahkamah rayuan..pasti Allah akn tolong.

  3. KuLi ckp bahasa melayu berlapik nasihat,bukannya guna bahasa ego hingusan politik mentah,tlg faham KJ,jgn mcm otak budak mentah ssadik sepakraga

  4. Woi KJ..ko level Ku Li kah? Wah! bukan main eksyen lagi ko..Ku Li perli DS Najib sebaik mahkamah jatuh hukum kah? Dan selama ni ko ke yg kukuhkan UMNO dan MN? Kau tau sebat jawatan menteri jer…Ada kah DSN libatkan UMNO dlm kes dia? DSN dah letak jawatan sbg Presiden UMNO pun..dia tolong kuatkan UMNO selama 22 bulan ko buat apa? Yg datang ramai2 ke rakyat jelata bukan Najib yg bawa..Najib bukan mcm DS Anwar yg tetap nak jd presiden walaupun bersalah meliwat..aku nak tanyalah…dlm 6 PRK lepas ko kat mana? Ko rasa rakyat nak jumpa bossku masa PRK kah atau nak jumpa ko? Cuba ko jawap dgn ikhlas…

Comments are closed.