KUALA LUMPUR – Tanyalah pada mana-mana individu, siapa yang tidak inginkan kulit licin, halus dan selembut sutera. Namun, tidak semuanya bernasib dikurniakan kulit sihat, bermaya dan mulus tanpa jerawat, jeragat mahupun masalah kulit lain yang menjengkelkan.
Bagaimanapun menerusi teknologi terkini hari ini, kulit wajah yang bermasalah dapat dirawat dengan betul atas nasihat pakar estetika atau pusat kecantikan bertauliah sekaligus menyelesaikan masalah jerawat, jeragat, kedutan, warna kulit tidak sekata dan sebagainya.
Tidak ketinggalan Millennium Clinic Kuala Lumpur di Bangsar menawarkan perkhidmatan yang dinamakan SilkPeel DermalInfusion khusus untuk merawat wajah yang bermasalah.
Menurut Pengarahnya, Dr Emma Diana Mohd. Salim, teknologi dan rekaan ini adalah satu kaedah rawatan yang menegangkan semula kulit wajah dan membantu menangani pelbagai masalah kulit tanpa perlu melakukan pembedahan.
Jelasnya, rawatan itu menggabungkan pengelupasan bukan invasif tanpa menggunakan bahan pengelupasan kimia yang boleh merosakkan kulit.
“Orang ramai yang menggunakan rawatan ini tidak perlu bimbang mengenai isu kulit gatal atau radang. Malah pengelupasan basah oleh SilkPeel ini memberikan kulit anda kesan selembut sutera, terhidrat, bersinar dan sihat dalam masa kira-kira 20 hingga 30 minit.
“Prosedur yang dijalankan menggabungkan penggunaan mesin dan rangkaian produk yang membantu membekalkan khasiat diperlukan kulit.
“Rawatan ini dilakukan oleh pakar atau terapi kecantikan terlatih dan tidak menyakitkan. Sesetengah rawatan memerlukan tempoh penyembuhan sekurang-kurangnya seminggu untuk kulit membina semula sel baru namun sebaliknya bagi perawatan ini kerana kesan dapat dilihat sebaik rawatan selesai,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.
Emma Diana yang juga doktor estetik bertauliah memberitahu, istimewa rawatan SilkPeel ini kerana penggunaan hujung aplikasi yang dilengkapi sistem vakum dan berlian gred perubatan yang berfungsi memaksimumkan penyerapan cecair daripada produk rawatan ke dalam kulit.
Jelas beliau, hujung aplikasi itu juga menyedut sel kulit mati, bintik putih, bintik hitam dan cela serta lebihan minyak pada wajah.
“Selepas melalui rawatan yang pertama, proses untuk rawatan susulan juga semakin berkesan dan mudah.
“Mereka yang berdepan masalah kekeringan kulit, kecerahan tidak sekata dan kulit berjerawat, pigmentasi hiper dan selaran matahari sesuai mencuba rawatan. Selain itu, ia selamat untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif,” katanya.
Menariknya kata Emma Diana, rawatan ini hanya mengambil masa selama 30 hingga 45 minit dan kesannya boleh dilihat biarpun rawatan tidak mengambil masa yang lama.
Tambah beliau, untuk rawatan ini, cecair solusi yang sesuai dengan jenis kulit digunakan dan ia terdiri dari beberapa jenis iaitu seperti skin clarifying solution yang menggunakan asid salisilik untuk merawat jerawat pada wajah, skin hydration formula untuk merawat kulit wajah kering, meningkatkan ketebalan epidermis dan mengurangkan garis halus dan kedutan.
Turut digunakan katanya, adalah Lumixyl Pro-Infusion untuk merawat pigmentasi, tompok gelap dan membuat kulit wajah berseri dan bersinar, vitamin C skin hydration solution untuk detoks dan memberi kesan keremajaan pada kulit wajah dan pore clarifying Pro-infusion membantu merawat jerawat dan mengurangkan keradangan.
“Kebaikan rawatan ini telah diakui ramai testimonia kami apabila dapat melicinkan kulit dan menghidrat untuk kilauan segar pada wajah dan menghilangkan kotoran pada liang pori wajah dan mengurangkan jerawat.
“Pada masa sama, rawatan ini turut mencerahkan pigmentasi untuk kulit wajah yang seragam dan sekata serta ntipenuaan dan faedah antioksida yang kuat,” katanya.
Sementara itu, Millennium Clinic Kuala Lumpur yan beroperasi sejak awal tahun lalu dibuka setiap Isnin hingga Sabtu bermula pukul 9 pagi hingga 7 petang.
Selain menawarkan perkhidmatan kulit, klinik yang memiliki rekaan dalam eksklusif itu turut menawarkan perubatan biasa kepada orang ramai. – MalaysiaGazette