KUALA LUMPUR – Benarkah peletakan jawatan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Ibrahim ada kaitan dengan ura-ura pelantikan Datuk S. Ambiga sebagai Pengerusi SPR yang baharu?
Jika benar, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membantah keras pelantikan itu kerana menyifatkan bekas Pengerusi Bersih itu pejuang tegar LGBT dan tidak layak berada dalam jabatan atau agensi kerajaan.
Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, NGO itu terkejut apabila menerima khabar angin menyatakan Ambiga akan dilantik sebagai Pengerusi SPR oleh kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Apakah ianya benar?” soal beliau menerusi kenyataannya kepada media hari ini.
SPR Putrajaya semalam mengumumkan peletakan jawatan Ramlan sebagai ahli suruhanjaya itu berkuatkuasa serta merta.
Kenyataan ringkas Unit Komunikasi Korporat SPR itu menyatakan, peletakan jawatan itu mendapat perkenan yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kerusi Pengerusi SPR kini kosong berikutan penyandangnya, Datuk Azizan Azhar Harun meletak jawatan dan dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu.
Menurut Syed Hassan, khabar angin juga bertiup kencang mendakwa penyebab utama Ramlan berundur diri dari SPR dikatakan kerana protesnya terhadap cadangan kuat kerajaan PN untuk melantik S. Ambiga.
Tegasnya, Perkasa tidak dapat menerima bagaimana Perdana Menteri tinggalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) demi kuasa Melayu, tetapi jawatan penting seperti itu diberi kepada bukan Melayu pejuang LGBT yang sama sekali bertentangan dengan Islam.
“Sudah tiada tokoh Melayu yang lain lagikah,” tanya beliau.
Bagaimanapun, berharap khabar itu tidak benar sama sekali, selain mengharapkan Muhyiddin tidak meneruskannya jika khabar itu benar.
“Saya percaya semua NGO Islam dan Melayu menentangnya sama sekali. Perjuangan sebuah kerajaan Melayu hanya retorik sahaja jika lantikan ini menjadi kenyataan,” katanya. – MalaysiaGazette
Btul tu..org mlyu islam belambak lg..tak plu kot lantik ambiga ti..tak blh pakai punya mnusia lh..mnusia itu pro kepada ph tu..ramai lg org mlyu..
ini bukan soal melayu dan islam shj tapi soal Negara berdaulat,tidak ada lg kah tokoh2 nasional lain yg berjasa besar.dharap jgn hipokrit dlm membuat keputusan penting ini
Ko diam lh syed… Pak lebai rilex jer ko plk lebih lebih…kahkahkah..PN jga Melayu Islam!?..kahkahkah
Asalkan bukan Ambabiga Asalkan bukan AmbabigaA Asalkan bukan Ambabiga Asalkan bukan AmbabigaA Asalkan bukan Ambabiga Asalkan bukan AmbabigaA Asalkan bukan Ambabiga Asalkan bukan AmbabigaA Asalkan bukan Ambabiga Asalkan bukan AmbabigaA Asalkan bukan Ambabiga Asalkan bukan AmbabigaA
Klu betul ambiga jd pengerusi spr, mahyuden sengaja tempah maut. MN X KAN SOKONG SAMA SEKALI. Rakyat negara ini bknnya buah catur yg dimainkan oleh pemain politik yg rakus. Ambiga jd pengerusi spr= muhyiden bungkus.MN jgn jd budak suruhan muhyiden kg
Kalau benar segala khabar angin itu, dimana maruah MN yang menjerit kehulu kehilir untuk mendaulatkan Islam dan menaikan martabat Melayu. Kalau perkara ini di persembahkan kepada Agong. Ianya dah terlewat untuk disangah. Ambiga ni NENEK LGBT. Tak sensitive lagi ke UMNO dan PAS.
Ambiga? Jgn cari pasal !
Oh tolong jangan lantik ambigol jadi pengerusi spr.tolonglah PM muhyidin
Kalau Muhayidin lantik Amiga apa kita semua boleh buat. Melalakk aja lah dalam Ini. Tidak boleh buat apa. Sebab negara kita ada undang2. Sama juga dengan Mahatir melantik peguam negara.
apa kaitan nya lgbt dengan spr.
Ambiga= Muhiyuddin punah.
kalau betul khabar angin ni…memang patut umno & pas kelur PN…sokong MN
TSMY#AMBIGA= HANCUS!
HARAP2 KABAR ANGIN INI SEKADAR BERLALU DITEPI JAMBAN YG USANG!!