Calon Ketua Armada Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bercakap semasa temubual khas bersama Malaysia Gazette di Menara KBS, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 28 JULAI 2020

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan Shahril tidak seharusnya melemparkan kata-kata kurang manis kepada seorang pemimpin kanan negeri berautonomi seperti Sabah, tegas Wan Ahmada Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Calon Ketua Armada Nasional itu menjelaskan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah merupakan sebuah blok besar dalam politik tanah air yang berhak melakukan perancangan mereka sendiri sebelum memulakan perbincangan lanjut dengan pimpinan pusat dan rakan-rakan sekutu.
Ketua Bahagian Bersatu Titiwangsa itu berkata, sayap parti menghormati autonomi Sabah dan peranan yang dimainkan oleh Bersatu negeri itu
“Adalah terlalu awal untuk mana-mana pihak memberikan komen, terutamanya jika ia hanya mengeruhkan keadaan. Sebagai orang Melayu, kita utamakan setiakawan.
“Jangan bawa cara politik lama Semenanjung ke Sabah. Belajarlah daripada keangkuhan DAP yang membawa kepada kejatuhan kerajaan terdahulu.
“Para penggerak Armada khususnya di Sabah akan terus menyokong apa juga keputusan pucuk pimpinan dan menggerakkan jentera anak muda demi kemenangan Bersatu dan kejayaan kerajaan di bawah pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Shahril supaya Bersatu Sabah berunding terlebih dahulu dengan UMNO mengenai kerusi yang akan ditandingi dalam PRN sebelum membuat pengumuman.

Shahril dilaporkan mendakwa UMNO mempunyai cita-cita berlandaskan kekuatan parti dalam menjayakan agenda rakyat Sabah, namun ia disulami kebijaksanaan dengan menghormati proses perundingan.

Wan Ahmad Fayhsal yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, adalah sebuah parti yang menjunjung demokrasi dan sentiasa hormati hak bersuara sesiapa sahaja dan raikan perbezaan pandangan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PRN Sabah: Bersatu jangan mimpi nak bertanding 45 kerusi – Shahril

3 Komen

  1. Memang lah hak bersuara…tapi hak bersuarat dgn menghormati orang lain lah…sape yg mula2 keluarkan kenyataan tanpa berunding dgn orang lain?? Ko ni pun nak bercakap guna otak lah bebal…

  2. Inilah contoh PEMIMPIN BENGONG danBANGANG….Puak2 dia yg angkuh dn melampau, alih2 dia tuduh org lain yg angkuh..

Comments are closed.