Tan Sri Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tindakan seramai 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang menukar haluan politik daripada Warisan dan menyokong Tan Sri Musa Aman disifatkan sebagai wira.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa juga mempertahankan tindakan ADUN Sabah itu yang dilihat cuba ‘menyelamatkan’ negeri itu daripada kepentingan politik peribadi Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Mereka yang menukar haluan adalah wira-wira Sabah yang telah mencuba menyelamatkan Sabah daripada terus diseret oleh politik kepentingan diri dan kroni yang kini menyebabkan Sabah makin mundur,” kata Menteri Wilayah Persekutuan ketika menciap di Twitter hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tindakan 13 ADUN Sabah yang berpaling tadah kepada pembangkang di negeri itu akan dihukum kerana ditawarkan wang untuk melompat parti.

Menurut Mahathir, tindakan mereka menyebabkan Mohd Shafie terpaksa membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah untuk mengagalkan cubaan rampasan kuasa. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sabah contoh amalan rasuah paling buruk – Tun M

4 Komen

  1. LGE n Sepie Afdal bersih Rasuah,sanggup mati demi mandat rakyat yg katak lompat sokong Warisan,
    politik putar2belit mcm Atok kah3

  2. Yg memiskinkn Sabah adalh regim Tanah Persekutuan Melayu Malaya yg tdk menghormati perlembagaan negara…dlm perkara 112(c) dlm bahagian 4 jadual ke10 ‘perlembagaan’ menyatakn ‘kerajaan sabah berhak mendapt 40 peratus daripda hasil cukai bersih yg dipungut oleh persekutuan harus dikembalikn kpd Sabah,tapi penipuan malaya melayu yg menguasai putrajya ini tdk pernh menunaikn dn menghormatinya sejak tahun 1974 setelh PDA dilaksanakn dimna Petronas merampas hak hasil bumi Sabah dgn minyaknya..

Comments are closed.