Gambar hiasan

TOKYO – Harga minyak jatuh dalam dagangan hari ini berikutan kebimbangan lebihan bekalan selepas OPEC dan sekutunya menarik semula pengurangan bekalan untuk bulan Ogos ketika kes Covid-19 di seluruh negara meningkat.

Niaga hadapan Brent susut AS$0.08 kepada AS$43.44 setong pada 0001GMT manakala penanda aras bagi minyak Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI) susut AS$0.12 kepada AS$40.15 setong.

Brent menyaksikan kenaikan kali keempat dalam bulan Julai manakala WTI kali ketiga selepas menjunam pada bulan April ketika seluruh dunia melaksanakan sekatan pergerakan akibat pandemik koronavirus.

”Para pelabur bimbang dengan lebihan bekalan selepas OPEC dan sekutu mula mengurangkan bekalan pada bulan ini dan pemulihan bekalan harga daripada rekod terendah dijangka menggalakkan pengeluar-pengeluar minyak syal menambah bekalan.

“Juga, ketakutan lonjakan semula kes koronavirus akan membebankan pasaran minyak,” kata Hiroyuki Kikukawa, Pengurus Besar Penyelidik di Nissan Securities.

Beliau meramalkan harga akan tetap rendah $ 40s minggu ini.

Pengeluaran minyak oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) meningkat lebih dari 1 juta tong sehari pada bulan Julai ketika Arab Saudi dan anggota-anggota Teluk lain mengakhiri perjanjian.

OPEC dan sekutu-sekutu akan meningkatkan bekalan pada bulan ini dengan menambah 1.5 juta tong sehari untuk bekalan minyak dunia. – MalaysiaGazette