UMNO’s legal advisor, Datuk Mohd Hafarizam Harun arrives at the Kuala Lumpur Courts Complex to face three money-laundering charges amounting to RM15 million. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 03 AUGUST 2020 discharged acquitted
Legal Advisor of UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun arrives at the Kuala Lumpur Courts Complex to face three money-laundering charges amounting to RM15 million. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 03 AUGUST 2020

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA)  terhadap Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Hafarizam ketika ini berhadapan dengan dua pertuduhan penggubahan wang haram berjumlah RM15 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu bagi memberi laluan kepada pasukan pendakwaan yang mahu mengenakan pertuduhan baharu di Mahkamah Seksyen nanti.

Setelah mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff, Mohd Nazlan membenarkan permohonan tersebut.

Sebelum ini, Mohd Hafarizam mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan untuk kesalahan penggubahan wang haram.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa  mendeposit dua keping cek daripada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM11.5 juta ke dalam akaun bank milik firma guamannya, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak antara 16 April dan 4 November 2014.

Bagi pertuduhan kedua, peguam itu dituduh mendeposit cek bernilai RM3.5 juta daripada Najib ke dalam akaun sama pada 12 Februari 2015.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di cawangan CIMB, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Kes itu yang pada awalnya di bicarakan di Mahkamah Seksyen kemudian diputuskan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Disember tahun lepas. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.