Najib Razak.

KUALA LUMPUR – “Kalau nak tahu lompat ke tidak, setia ke tidak, hanya satu cara. Undilah BN di Sabah.”

Itu nasihat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada calon Pakatan Harapan Plus dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah.

Apa pun, Najib tetap menganggap mereka semua sebagai kawan dan saudara.

“Siapa sangka. Ketika BN (Barisan Nasional) dan saya tiada apa. Kuasa tiada. Dana tiada. Yang tinggal hanya baju dan bendera.

“Kita kenal siapa yang bersama masa senang dan masa susah,” katanya lagi.

Sebelum itu, Mohd Shafie dalam sidang medianya menyatakan mahu setiap calon Parti Warisan dan PH Plus ada kriteria tidak mahu lompat parti dan akan dipilih pada PRN kali ini.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kriteria calon PRN Sabah mesti tak suka lompat parti – Mohd Shafie

1 Komen

Comments are closed.